the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong titah Kementerian Komunikasi, MCMC ambil tindakan tegas tangani ‘masalah’ berkaitan media sosial – Fahmi

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk bertindak tegas dalam menangani masalah berkaitan salah guna media sosial.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu ketika beliau hadir dalam sesi menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pagi semalam, bagi menyembah maklum acara-acara yang akan dijalankan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda pada 20 Julai ini.

Beliau berkata pada sesi itu juga beliau turut menyembah maklum kepada Sultan Ibrahim berhubung kes seorang wanita yang juga pempengaruh media sosial didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber di Gombak Setia, Selangor, baru-baru ini.

“Selepas semua perkara formal itu selesai (ketika sesi menghadap) Tuanku bertitah mengenai kerisauan Seri Paduka Baginda tentang ‘masalah’ berkaitan media sosial.

“Tuanku titahkan Menteri Komunikasi dan MCMC mesti mengambil tindakan yang sangat tegas, jadi Tuanku sangat prihatin,” katanya dalam sesi bersama media di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata Sultan Ibrahim turut mengulangi titah dengan mesej yang sama iaitu tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.

Sehubungan itu Fahmi berkata kementerian itu bersama agensi-agensi lain akan memperkasakan segala usaha menjadikan media sosial sebagai platform yang selamat untuk digunakan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings