KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyertai kejohanan Golf Piala Agong 2023 anjuran The Royal Selangor Golf Club (RSGC) di sini hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.
Menurut catatan menerusi laman Instagram Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Presiden RSGC Datuk Nik Azman Mohd Zain dan barisan tertinggi jawatankuasa pertandingan kejohanan.
“Pada kejohanan yang menggunakan format Four Ball Better Ball-Stabledord itu, Pasukan Yang di-Pertuan Agong muncul juara selepas menewaskan pasukan Presiden RSGC,“ menurut catatan berkenaan.
Istana Negara turut memuat naik beberapa gambar sekitar kejohanan itu. - Bernama