the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama pagi ini terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku dilaporkan berlaku di jalan-jalan utama menghala keluar dari Lembah Klang sempena sambutan Hari Krismas, esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi susulan kemalangan antaranya di Kilometer 263.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh.

“Insiden telah selesai, bagaimanapun trafik masih perlahan di lokasi dan pengguna jalan raya diminta berhati-hati,“ katanya.

Menurut beliau sedikit kesesakan turut berlaku di arah selatan dari Bandar Gamuda Cove menuju ke Persimpangan KLIA akibat kemalangan.

“Trafik menghala ke Pantai Timur sedikit sesak dari arah ibu kota menuju ke Plaza Tol Gombak susulan pertambahan kenderaan, bagaimanapun aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 lancar di kedua-dua arah,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings