KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia melibatkan seluruh Perlis dan Pulau Pinang, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Bentong dan Bera) dan Selangor (Gombak dan Hulu Langat).
Keadaan sama turut dijangka melanda di Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).
Selain itu di Sabah melibatkan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran).