the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Anggota polis trafik maut dalam kemalangan ketika bertugas di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas semasa menjalankan penugasan Operasi Pencegahan Samseng Jalanan di ibu negara awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata mangsa L/Kpl Muhammad Amirul Aiman Muhammad Othman, 24, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuching arah Jalan Tun Razak menghala ke Selayang pada 4.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan di laluan berselekoh sebelum melanggar besi penghadang jalan dan terjatuh ke bawah tebing.

“Seorang lagi anggota yang menunggang motosikal di belakang mangsa turut terbabas dan mengalami kecederaan ringan. Beliau kini menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian, kedua-dua anggota terbabit sedang melaksanakan tugasan pemantauan dan pencegahan aktiviti samseng jalanan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Mohd Zamzuri berkata Allahyarham Muhammad Amirul Aiman berkhidmat di JSPT KL sejak menamatkan latihan dan bertugas di Bahagian Risikan/Operasi selama lebih setahun.

“Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. Jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Ajil, Terengganu, hari ini,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories