the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar ajak umat Islam hayati semangat hijrah Nabi Muhammad SAW

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengajak umat Islam untuk menghayati semangat penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah dalam usaha membebaskan diri daripada budaya syirik, zalim, penindasan dan kejahilan.

Anwar berkata penghayatan itu amat bermakna bagi mengubah diri umat Islam ke arah budaya baharu, akidah baharu, keyakinan dan pemikiran baharu serta sistem kemasyarakatan yang baharu.

“Ini untuk mengingatkan kita bahawa semangat hijrah ialah semangat perubahan. Mudah-mudahan semangat hijrah ini kita dapat bawa perubahan dalam masyarakat.

“Kita harus bangun dan mulakan kesedaran bermula dengan pembersihan jiwa, hati nurani dan kehidupan. Barulah boleh diisi dengan nilai baharu dan semangat baharu,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Ilmu MADANI bersama Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M di Kompleks Seri Perdana di sini malam ini.

Anwar berkata fahaman yang sempit dan ketaasuban perlu ditinggalkan dengan memilih ilmu serta kefahaman demi kemaslahatan ummah.

“Kalau kita masih kusut dengan fahaman jahiliah, kejahilan, kezaliman dan penindasan, maka kita tidak boleh mengisi (diri) dengan fahaman baharu dan tindakan baharu,” kata beliau.

Mengenai penganjuran majlis Ilmu MADANI, Anwar berkata majlis berkenaan diadakan secara berkala di Kompleks Seri Perdana bagi membolehkan kediaman rasmi Perdana Menteri itu menjadi markas ilmu.

“Kita mahu sentiasa hidupkan (Kompleks Seri Perdana) dengan pencerahan (ilmu) dan kita tidak mahu sempitkan dengan fahaman politik,” katanya sambil meraikan kehadiran dua tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M sebagai penceramah jemputan majlis itu.

Dua tokoh berkenaan ialah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Datuk Seri Hassan Ahmad dan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa Prof Dr Ali Muhyiddin atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ali Al-Qaradaghi.

Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M yang bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI” baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan kepada bekas Mufti Pulau Pinang dan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa kepada Presiden Kesatuan Ulama Sedunia itu.

Sementara itu, Hassan menasihati umat Islam supaya meninggalkan perkara yang bertentangan dengan ajaran dan perintah Allah bagi mencapai kejayaan di dunia serta akhirat.

“Lima perkara iaitu masa, tempat, anggota badan, malaikat dan harta benda akan jadi saksi di akhirat. Dan kita perlu sentiasa beringat serta berbaik-baik sesama manusia,” katanya.

Sheikh Ali Al-Qaradaghi pula memuji konsep Malaysia MADANI yang diilhamkan oleh Anwar dengan menyifatkan ia sebagai suatu konsep pemerintahan yang matang dan adil.

“Konsep MADANI yang diperkenalkan di Malaysia merupakan suatu keaslian yang melawan kemunduran dan membentuk kehidupan bersistem,” katanya.

Majlis itu dihadiri kira-kira 150 tetamu yang merupakan wakil daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Himpunan Mahasiswa Islam, Pelajar Islam Indonesia dan Persatuan Muslim Muda Thailand (YMAT).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings