the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar lawat UAE, hadir Sidang Kemuncak Asean-GCC di Arab Saudi pada Oktober

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah dijemput untuk ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, pada bulan Oktober.

Anwar berkata beliau akan berada di UAE pada 5 dan 6 Okt untuk lawatan kerja, sebelum hadir ke Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang dihoskan Arab Saudi di Riyadh pada 16 Okt.

“UAE dan Arab Saudi mempunyai kerjasama yang lebih kukuh dengan kita. Kami berharap mereka akan melabur dengan lebih banyak,” kata Anwar yang berada di sini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptamanya bertajuk ‘Regaining Malaysia’s Lead in Asia’ (Mengembalikan Penerajuan Malaysia di Asia) pada majlis Invest Malaysia New York pada Khamis, Anwar berkata terdapat minat yang semakin meningkat daripada anggota GCC terhadap Asean.

“Kami (Asean) menerima minat yang semakin meningkat daripada Arab Saudi, UAE dan Qatar,” katanya.

Hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan UAE terus berkembang, dengan perdagangan dan pelaburan yang semakin meningkat.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan di luar UNGA pada Selasa berkata dari Januari hingga April 2023, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara meningkat 5.7 peratus, iaitu daripada RM11.25 bilion kepada RM11.89 bilion.

Semasa lawatan ke Kuala Lumpur pada Mei, Menteri Perdagangan UAE Thani Al Zeyoudi berkata pelaburan Malaysia di UAE berjumlah US$150 juta, dan pelaburan UAE di Malaysia mencecah US$220 juta.

Arab Saudi pula merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara pada 2022 mencatatkan US$10.26 bilion, meningkat 159.2 peratus daripada 2021.

Antara projek utama Arab Saudi di Malaysia ialah Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor oleh Saudi Aramco. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings