the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar seru Ahli Parlimen berbahas beradab, elak memaki hamun

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Ahli Parlimen supaya menerapkan budaya berbahas secara beradab dan sopan di Dewan Rakyat tanpa perlu menghina atau memaki hamun.

Ketika menyatakan kekagumannya menyaksikan kaedah peserta Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 2025 yang berbahas dengan fasih, berani, bijak mengolah fakta serta berhujah secara berhemah, Anwar berkata perkara itu sepatutnya dicontohi oleh Ahli Parlimen.

“Saya bangga sekali akan tahap perbahasan dan saya renung sekejap, apa salahnya (jika) Ahli Parlimen belajar, iaitu pertama kalau nak berbahas (kita) kena kuasai ilmu, hadam, olah dan sampaikan.

“Anak-anak ini tunjuk tahap perbahasan hebat dan saya tabik (bangga). Perdebatan ini bukan sekadar kepintaran berbicara, tetapi juga keupayaan untuk menguasai, menelaah, menghadam dan melontarkan (isu). Sebab itu saya rasa perkara itu yang perlu dipelajari (dicontohi) oleh Ahli Parlimen,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memuji generasi pelajar kini yang menunjukkan penguasaan bahasa Melayu yang tinggi serta berbahas dengan penuh ilmu dan kefahaman

Perdana Menteri berkata nilai adab dan akhlak perlu menjadi sebahagian daripada pendidikan negara kerana pembinaan negara MADANI tidak boleh hanya bergantung pada kemajuan teknologi seperti AI (kecerdasan buatan), digital dan teknologi baharu semata-mata.

“Dan apabila kita berbicara soal negara MADANI, ia mesti diterapkan dengan asas nilai dan akhlak, sebagaimana diungkapkan oleh Sheikh Taha Jabir Al-Alwani dalam karya beliau (Adab al-Ikhtilaf),” kata Anwar.

Mengakui cabaran semasa yang kompleks dan memerlukan generasi masa depan memahami dan menguasai ilmu baharu, Perdana Menteri berkata pengadaptasian ilmu baharu mesti berpaksikan akar tradisi, nilai kemanusiaan dan akhlak.

“Kita latih anak-anak bukan sahaja untuk menguasai ilmu baharu tetapi juga untuk mempertahankan nilai akidah, akhlak dan nilai seni budaya tempatan. Tanpa adunan ini, kita hanya memenuhi acuan negara Barat,” kata beliau.

Pertandingan edisi ke-50 itu menyaksikan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang muncul johan bagi kategori Bahasa Melayu manakala Sekolah Sultan Alam Shah menjuarai kategori Bahasa Inggeris – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UEM Edgenta Reinforces Commitment to Sarawak’s Infrastructure with Batang Lupar Bridge

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 27 July 2026 - UEM Edgenta Berhad ("UEM Edgenta" or "the Company"), a leading Asset Management and Infrastructure Solutions company serving as the appointed Project Management Consultant (PMC), continues to drive Sarawak's infrastructure development forward.

Propelrr Adopts Entrepreneurial Operating System (EOS) and AI-first Business Model to Scale 16 Years...

MAKATI CITY, PHILIPPINES - Media OutReach Newswire - 27 July 2026 - As artificial intelligence rapidly transforms digital marketing, Philippine digital marketing agency Propelrr® has adopted the Entrepreneurial Operating System® (EOS®) to strengthen the operational foundation behind its proprietary growth methodology, enabling the agency to deliver more consistent, measurable business outcomes as it scales.

GRYPHLINE Levels Up with Adyen as it Launches Multiplatform ‘Arknights: Endfield’

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 27 July 2026 - Adyen, the global financial technology platform of choice for leading businesses, has partnered with GRYPHLINE, the global publishing arm of Hypergryph, as the company expands its reach with the global release of its 3D role-playing game "Arknights: Endfield".

Most Viewed

spot_img