the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APMM aktifkan SAR bot nelayan karam, dua kru belum dikesan

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot nelayan tempatan (VNT) bersama enam kru yang tidak dapat dihubungi selepas keluar ke laut pada 17 Dis lepas dipercayai karam di Pulau Burong, dekat sini.

Pengarah APMM Sarawak Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata setakat ini, dua kru yang merupakan warga Kemboja masih belum dikesan iaitu Oeun Van dan Thy Ny.

“Tiga mangsa, Khlok Sem warganegara Kemboja serta Adikah dan Irman masing-masing warganegara Indonesia telah berjaya diselamatkan oleh VNT lain di kedudukan 3.5 batu nautika barat Pulau Burong dan dibawa ke Jeti Kampung Goebilt lebih kurang 6 petang semalam.

“Chaloem Sonada dari Thailand telah ditemukan selamat pada 3.30 pagi ini dan dibawa ke Klinik Kesihatan Asajaya untuk rawatan lanjut… operasi diteruskan bagi mengesan dua lagi mangsa (Oeun Van dan Thy Ny) yang masih tidak dijumpai sehingga laporan ini dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pencarian dimulakan sejak dua hari lepas dengan mengatur gerak aset Bot Pengawal 42 ke lokasi kejadian setelah menerima laporan pada 6.43 petang hari sama.

Kamal Ariffin berkata Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin Ibu Pejabat Maritim Sarawak bermula hari ini.

Beliau berkata lokasi terakhir VNT dilaporkan adalah di kedudukan 7.5 batu nautika Timur Laut Tanjung Sipang sebelum mengalami kebocoran di bilik enjin.

“APMM akan sentiasa bersiap siaga dalam apa juga situasi termasuk memberi bantuan kepada komuniti maritim walaupun dalam keadaan laut yang sangat bergelora,” katanya.

Operasi berkenaan mendapat kerjasama Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings