the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banduan dapat pengampunan: Tarikh pendengaran permohonan pendakwaan dilapangkan

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini melapangkan tarikh pendengaran permohonan pendakwaan bagi mencabar keputusan majoriti 2-1 mahkamah itu bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk menyemak semula hukuman empat banduan yang diringankan oleh Lembaga Pengampunan.

Peguam Datuk N.Sivananthan, yang mewakili dua daripada banduan terbabit, memaklumkan media bahawa prosiding itu tidak diteruskan untuk membolehkan pihak berkenaan meneroka kemungkinan mengguna pakai perintah Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut kepada 123 banduan lain yang berada dalam situasi serupa.

Beliau berkata pengurusan kes telah ditetapkan pada 3 Jun ini untuk pihak-pihak yang berkaitan memaklumkan mahkamah mengenai sebarang perkembangan.

Pada 27 Ogos 2024, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa ia mempunyai kuasa di bawah akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori serta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan 2023 untuk menyemak semula hukuman mati yang dijatuhi ke atas keempat-empat banduan bagi kesalahan mengedar dadah.

Keputusan majoriti itu yang dibuat oleh Hakim Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Hanipah Farikullah, memutuskan bahawa hukuman penjara 30 tahun yang dijatuhkan ke atas keempat-empat banduan hendaklah bermula dari tarikh mereka ditangkap dan bukannya dari tarikh mereka diberikan pengampunan.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Nordin Hassan menentang keputusan itu.

Susulan keputusan itu, pendakwaan telah memfailkan permohonan semakan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 atas alasan hakim-hakim yang membuat keputusan majoriti itu telah bertindak melangkaui bidang kuasa mereka.

Peguam Abdul Rashid Ismail, yang mewakili warga Zambia iaitu Mailesi Phiri, memberitahu media bahawa hukuman penjara 123 banduan lain dikira dari tarikh keputusan Lembaga Pengampunan dan bukannya tarikh mereka ditangkap.

“Ini bermakna masa yang mereka habiskan dalam tahanan sebelum diberikan pengampunan tidak diambil kira menyebabkan tempoh pemenjaraan yang lebih panjang melepasi 30 tahun seperti ditetapkan di bawah Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan hukuman penjara 30 tahun terhadap empat lelaki iaitu G. Jiva, 55, P. Balakrishnan, 48 serta warga Thailand Phrueksa Thaemchim, 41, dan Phiri, 47, bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Sivananthan mewakili Jiva dan Balakrishnan; peguam K. Simon Murali mewakili Phrueksa manakala Timbalan Pendakwa Raya Datin Asmah Musa, Tetralina Ahmed Fauzi, Ng Siew Wee dan Solehah Noratikah Ismail hadir bagi pihak pendakwaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings