the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir gelombang ketiga landa Terengganu

KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang ketiga mula melanda Terengganu pagi ini dengan Marang dan Dungun menjadi daerah terjejas setelah hujan berterusan sejak pagi semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sebanyak 102 orang daripada 25 keluarga ditempatkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun manakala satu di Marang.

Di Dungun, 69 orang daripada 17 keluarga berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan 21 orang daripada lima keluarga di Sekolah Kebangsaan Pusat.

Sebanyak 12 orang daripada tiga keluarga pula berlindung di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai di Marang.

JPBN juga memaklumkan cuaca di sesetengah lokasi di Terengganu dilaporkan hujan.

Berdasarkan laman publicinfobanjir.water.gov.my, empat sungai di Terengganu telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap dengan bacaan 21.72 meter (m), Sungai Setiu di Kampung Besut (17.69m), Sungai Telemong di Kuala Ping (20.1m) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak (18.71m). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings