the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Beberapa laluan di Tanah Merah dtutup, jalan terputus akibat banjir

TANAH MERAH: Beberapa jalan di daerah Tanah Merah ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir yang menenggelami jalan selepas hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Dearah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata antara jalan persekutuan yang ditutup kepada semua kenderaan adalah Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Kilometer (km) 7.40 sehingga km 8.40 ditenggelami.

Selain itu, terdapat tiga jalan negeri yang masih ditutup, iaitu Jalan Bukit Panau-Bendang Nyior di km 10 Kampung Bukit Kechik ke arah Kampung Bukit Muring, yang merupakan jalan alternatif ke Jeli, Pasir Mas dan Tanah Merah.

“Jalan Tanah Merah-Kampung Ipoh Batu 8 di km 3.0 sehingga km 7.10 berdekatan Kampung Kusial, dan Jalan ke Loji Membersih Air Bukit Remeh di km 0.3 sehingga 0.80 berdekatan Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Tanah Merah,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya meminta pengguna jalan raya agar tidak mengambil risiko meredah jalan yang banjir untuk meneruskan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Susulan itu, masyarakat di Tanah Merah tidak perlu berlengah untuk berpindah jika terkesan banjir bagi mengelakkan kesukaran kepada agensi penyelamat memberi bantuan.

“Sejak Selasa sehingga Rabu semalam, kami telah berjaya memindahkan seramai 3,248 mangsa ke 24 Pusata Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.

“Saya dan pasukan bertungkus-lumus untuk memberikan bantuan semaksimum yang boleh kepada masyarakat yang terkesan,“ katanya.

Mohd Haki berkata beliau bersama pegawai dan anggota memulakan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir sejak pukul 6.30 pagi sehingga 9 malam tadi.

“Kami mengingatkan masyarakat yang terkesan banjir untuk tidak berlengah dalam membuat persiapan dan berpindah dengan kadar segera dengan membawa bersama dokumen-dokumen penting ke PPS,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings