the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekalan gas kembali normal di Putra Heights selepas insiden kebocoran

KUALA LUMPUR: Penduduk Putra Heights yang terjejas akibat insiden kebakaran paip gas pada 1 April lepas, kini boleh menarik nafas lega apabila bekalan gas yang stabil akan disalurkan semula menerusi paip sementara mulai hari ini.

Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), pemasangan talian paip gas sementara sepanjang kira-kira 210 meter itu bagi menggantikan bahagian paip yang rosak dalam kejadian berkenaan.

“Penambahbaikan dan penstabilan tanah dijalankan di lokasi menggunakan struktur asas jambatan (bridge foundation support) bersaiz kira-kira 8 meter x 100 meter bagi memberikan sokongan lebih kukuh pada paip,” menurut JKKP dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, bagi memastikan keselamatan maksimum, beberapa ujian ketat turut dijalankan termasuk Ujian Tanpa Musnah (NDT) pada sambungan kimpalan serta ujian tekanan selama 24 jam.

Hasil ujian yang disahkan JKKP dan pihak ketiga yang berkecuali menunjukkan tiada sebarang kebocoran atau penurunan tekanan.

Fasa Dua projek itu akan melibatkan penggantian tiga talian paip sepanjang kira-kira 200 meter setiap satu di lokasi terjejas, dan paip berkenaan akan diletakkan atas struktur papak konkrit bagi menjamin keselamatan serta ketahanan sistem dalam tempoh lebih lama.

“Reka bentuk kejuruteraan untuk fasa itu sedang disiapkan dan dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun depan,” menurut kenyataan itu.

Beberapa kajian geoteknikal turut dilaksanakan termasuk pemetaan tanah, kajian lapisan batuan dan pemantauan pergerakan tanah bagi memastikan kestabilan tapak pemasangan secara menyeluruh.

Sebagai langkah kawalan tambahan, PETRONAS telah diarahkan untuk menyediakan akses pemantauan masa nyata terhadap sistem injap isolasi paip bagi membolehkan penutupan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

Jabatan itu turut memberi jaminan semua kerja pemilihan dipantau rapi dan tanpa prejudis bagi menjamin keselamatan pekerja, penduduk dan premis perniagaan sekitarnya.

“JKKP memahami keperluan mendesak penduduk dan perniagaan untuk mendapatkan bekalan gas yang selamat dan stabil secepat mungkin. Kami komited untuk memantau setiap peringkat projek ini bagi memastikan ia dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan mengembalikan keyakinan pengguna terhadap keselamatan sistem paip gas di kawasan ini,” menurut jabatan itu.

Dalam insiden kebakaran pada 1 April itu, sebanyak 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus dan 81 rumah lagi rosak sebahagian, manakala 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar.

Sebanyak 218 rumah lain, termasuk di Kampung Tengah, Puchong, dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Five prison officers charged over Taiping Prison incident

The Prisons Department said the charges mark the latest development in ongoing legal proceedings, following the earlier prosecution of another officer under Section 304(b) of the Penal Code over the same case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings