Your Title

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Ibrahim Saad, 78, meninggal dunia pada 6.30 petang tadi di Hospital Pakar Damansara di sini akibat komplikasi pernafasan.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak lelaki Allahyarham, Datuk Zairil Ayu Ibrahim, 49, ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata bapanya mengalami serangan jantung dan telah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu lepas.

“Selepas keluar dari hospital baru-baru ini, beliau kelihatan beransur baik namun semalam beliau mengadu sakit sukar bernafas semasa di rumah di Taman Tun Dr Ismail sebelum dibawa ke hospital. Beliau cuba diselamatkan tetapi tidak sempat,” katanya.