the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, April 13, 2026
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BUDI Individu: Permohonan 115,000 pemilik kenderaan diesel diluluskan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan bantuan tunai BUDI Individu kepada sejumlah 115,000 daripada 300,000 pemilik kenderaan diesel individu yang layak, setakat semalam.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

“Walaupun data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara berjumlah 1.2 juta, namun angka itu termasuklah pelbagai kategori yang tidak layak untuk mendapatkan bantuan BUDI Individu.

“Daripada 1.2 juta kenderaan diesel persendirian, 300,000 ialah kenderaan persendirian milik syarikat; 330,000 kenderaan di Sabah, Sarawak dan Labuan; 150,000 kenderaan luput cukai jalan dan 60,000 kenderaan mewah atau individu melebihi syarat pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) yang inginkan penjelasan tentang 100,000 atau 10 peratus daripada 1.2 juta pemilik kenderaan diesel di seluruh negara sahaja yang menerima BUDI MADANI dan usaha bagi memastikan tiada golongan tercicir daripada bantuan itu.

Inisiatif BUDI MADANI yang dibuka sejak 28 Mei lepas ialah platform untuk mengagihkan bantuan tunai subsidi diesel kepada pemilik kenderaan diesel melalui kategori BUDI Individu, dan kepada petani kecil dan pekebun kecil bagi kategori BUDI Agri-Komoditi.

Selain BUDI Individu, hampir 400,000 petani dan pekebun skala kecil berkelayakan menerima manfaat daripada BUDI Agri-Komoditi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img