the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bukan hari kami – Nur Izzuddin

CHENGDU: Pahit untuk ditelan oleh beregu kedua negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang terlepas peluang menghidupkan semula harapan negara untuk mara ke final Piala Thomas 2024 selepas tewas 1-3 kepada China di separuh akhir hari ini.

Walaupun telah memberikan yang terbaik dalam aksi di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone itu, namun Nur Izzuddin mengakui bahawa hari ini bukan hari mereka.

“Bukan rezeki kami nak menang, kami perlu bincang kembali dengan jurulatih untuk melihat apa yang kurang,” katanya kepada pemberita di sini hair ini.

Sze Fei pula mengakui masih banyak perlu diperbaiki dalam permainan mereka berikutan kekalahan memeritkan kepada tuan rumah, yang akhirnya usaha menamatkan kemarau 32 tahun Malaysia untuk menjulang trofi berprestij itu tidak kesampaian.

Selepas Malaysia ketinggalan 1-2 kepada China, Sze Fei-Nur Izzuddin menjadi sandaran untuk menyelamatkan keadaan sekali gus menghidupkan peluang negara untuk mencipta sejarah.

Walaupun beregu di ranking ke-15 dunia itu menampakkan sinar apabila menang set pertama 21-18, namun pujian harus diberikan kepada gandingan China yang bangkit untuk memenangi dua set 21-19, 21-12 sekali gus melangkah ke final dengan bergaya.

Setelah tewas set pertama 19-21, pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengakui bergelut untuk bersaing dengan Shi Yu Qi pada set kedua, sekali gus tunduk 5-21.

Kapten pasukan negara Soh Wooi Yik berkata komunikasi baik antara beliau dan gandingannya Aaron Chia menjadi kunci kemenangan mereka yang bangkit menyumbang mata tunggal negara selepas menang 15-21, 21-12, 21-17 mengatasi Liang Wei Keng-Wang Chang.

“Kami amat mengenali satu sama lain dengan baik, kami saling percaya. Ia satu pengalaman berharga buat kami di kejohanan besar ini,” katanya.

Selepas tewas 17-21 pada set pertama, perseorangan ketiga negara Leong Jun Hao berkata beliau cuba menukar rentak permainan supaya lebih agresif namun pemenang pingat emas Sukan Asia 2022 Li Shi Feng berjaya membaca corak permainan untuk menang set kedua 21-10.

China yang merupakan juara 10 kali akan membuat perhitungan dengan juara 14 kali Indonesia pada final esok. Terdahulu, Indonesia mengetepikan cabaran Taiwan 3-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings