Friday, November 7, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

CUEPACS minta elaun penginapan hotel disemak, cadang penarafan pembantu tadbir

The Sun Berita

KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mengkaji cadangan menaikkan elaun penginapan hotel berikutan peningkatan kos yang terpaksa ditanggung penjawat awam.

Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan kerana kadar harga hotel kini hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding elaun yang layak dituntut.

“Kadar elaun ini tidak pernah ditingkatkan sejak 15 tahun lepas di bawah pekeliling Perbendaharaan, sedangkan kadar harga hotel sekarang jauh melebihi jumlah elaun yang dibenarkan.

“Justeru, kami minta supaya kajian ini disegerakan demi kebajikan penjawat awam, khususnya kakitangan yang bertugas jauh dari ibu negara atau Putrajaya seperti di Terengganu dan Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan ke-17 Kesatuan Kakitangan KADA 2025 di Ibu Pejabat KADA di sini.

Adnan berkata CUEPACS turut mengemukakan tiga cadangan utama berhubung penarafan semula jawatan pembantu tadbir di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Beliau berkata jawatan pembantu tadbir merupakan tunjang pentadbiran di semua jabatan, kementerian dan agensi kerajaan, namun masih belum diberi penarafan semula di bawah SSPA.

“Justeru, kami mencadangkan supaya jawatan pembantu tadbir gred N1 dijumudkan terus kepada N5.

“Jika keadaan kewangan tidak mengizinkan, kami syorkan agar diberi bayaran sekali beri.

“Kami juga mencadangkan pilihan lain iaitu kenaikan gred daripada N1 ke N5 atau sehingga N8 sepanjang perkhidmatan, dan apabila mereka bersara waran jawatan kembali kepada N1,” katanya.

Mengulas mengenai integriti penjawat awam, Adnan menasihatkan semua kakitangan kerajaan supaya kekal fokus meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan kenaikan gaji yang telah dinikmati dan baki kenaikan yang akan diterima awal tahun hadapan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

All-new Mazda BT-50 launched in Malaysia

Bermaz Motor has officially launched the All-New Mazda BT-50, bringing a new level of refinement, technology, and practicality to Malaysia’s pickup truck segment. The BT-50 embodies Mazda’s KODO: Soul of Motion design philosophy, translating the brand’s sense of movement and elegance into the shape of a pickup. Every surface and contour has been carefully crafted to balance strength and proportion, giving the vehicle a poised and confident appearance.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img