the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DBKL diarah tingkat rondaan atasi ulat parkir

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar ibu negara bagi menangani aktiviti ulat parkir yang mengundang resah warga kota.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kegiatan haram seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan tindakan tegas juga perlu diambil ke atas mereka yang terlibat.

“Dalam beberapa hari ini, saya lihat banyak keluhan berkenaan isu ulat parkir di Kuala Lumpur. Saya telah arahkan @DBKL2u (DBKL) untuk tingkatkan pemantauan dan rondaan serta ambil tindakan ke atas aktiviti seperti ini,” katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial TikTok video dimuat naik individu yang memaparkan kesan calar pada bahagian pintu keretanya dipercayai dilakukan ulat parkir kerana enggan membayar RM15 caj parkir.

Menurut mangsa, kejadian itu dilaporkan berlaku empat hari lepas di kawasan letak kereta berhampiran Maybank di Bukit Bintang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings