the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Declan tawar ‘versatil’ kepada Pan Gon

PETALING JAYA: Selepas dua tahun, pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC Declan Lambert teruja untuk kembali ‘memikat’ ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, bulan depan.

Pemain berusia 26 tahun yang kali terakhir membuat penampilan bersama Harimau Malaya di Piala Raja Thailand 2022, mengakui menjadi tanggungjawab pemain negara untuk berani ke hadapan apabila beberapa tonggak dihimpit isu kecederaan.

“Saya rasa boleh menawarkan versatil dengan mengisi peranan di bahagian kiri dan kanan,” kata pemain kacukan Malaysia-Australia ketika ditemui semasa kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini.

Beliau mengakui dapat merasai kehangatan persaingan terutamanya apabila masih ramai pemain berkualiti dalam senarai panjang Pan Gon selain merasakan mereka mempunyai peluang untuk menewaskan Kyrgyzstan berdasarkan rekod terdahulu.

Skuad Harimau Malaya bakal menentang Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada 6 Jun depan.

Selepas menamatkan aksi di Bishkek, skuad negara akan pulang bagi perlawanan keenam berdepan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.

Sementara itu, penyerang Terengganu FC (TFC) Engku Nur Shakir Engku Yacob yang pertama kali mendapat ‘panggilan’ Harimau Malaya dapat merasai perbezaan tahap intensiti tinggi digunakan di kem negara namun berjanji akan memberi 100 peratus komitmennya.

Beliau turut mengakui keadaan semasa yang dihadapi Harimau Malaya memberi ruang buatnya merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Terdahulu, isu kecederaan pemain terus berlarutan selepas seorang lagi tonggak Syafiq Ahmad, juga terpaksa digugurkan daripada senarai apabila mengalami kecederaan seperti dimaklum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Pan Gon bagaimanapun memanggil pemain Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya untuk mengisi kekosongan pemain Kedah Darul Aman FC itu.

Dalam pada itu pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menggantikan penyerang Sabah FC Darren Lok yang mengalami kecederaan pangkal paha hari ini.

Darren merupakan tonggak jentera serangan Harimau Malaya terbaharu yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan selepas dua pemain sayap Faisal Halim dan Arif Aiman Mohd Hanapi serta dua penyerang Romel Morales dan Muhammad Syafiq Ahmad.

Selepas dua kekalahan berturut-turut di tangan Oman pada aksi kelayakan, Mac lalu menyaksikan skuad negara menghuni tangga ketiga Kumpulan D dengan enam mata, tiga mata di belakang Kyrgyzstan selaku pendahulu dan Oman di tangga kedua.

Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selain meraih slot automatik ke Piala Asia 2027.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings