the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Di sebalik tabir kilang Kiswah: Warisan seni Islam dipertonton kepada media global

MEKAH: Sebagai sebahagian daripada Program Haji kerajaan Arab Saudi, wakil media antarabangsa termasuk dari Malaysia diberi peluang melawat Kompleks Raja Abdulaziz di Mekah pada Selasa untuk menyaksikan sendiri proses pembuatan Kiswah Kaabah — satu tradisi yang dimulakan secara rasmi oleh Raja Abdulaziz pada tahun 1927.

Lebih 30 agensi media dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam liputan Haji tahun ini, termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Al Hijrah, Astro Awani, Astro Oasis dan Media Prima.

Sepanjang lawatan itu, para wartawan dibawa meninjau pelbagai bahagian dalam kompleks itu serta diberi taklimat terperinci mengenai proses penghasilan Kiswah, bermula daripada tenunan sutera, sulaman hingga ke pemasangan akhir.

Lawatan turut merangkumi sejarah perkembangan pembuatan Kiswah dan kemahiran halus yang diterapkan dalam setiap peringkat pembuatannya.

Kiswah, iaitu kain yang menutupi Kaabah diganti setiap tahun.

Ia diperbuat daripada 670 kilogram sutera mentah yang diwarnakan hitam dan dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran menggunakan 120 kilogram benang emas 21 karat serta 100 kilogram benang perak.

Produk akhir Kiswah dianggarkan seberat kira-kira 850 kilogram dan menelan kos sekitar 25 juta Riyal Saudi, menjadikannya kain penutup keagamaan paling mahal di dunia.

Bagi ramai wartawan, menyaksikan sendiri proses rumit pembuatan Kiswah secara dekat merupakan satu pengalaman yang amat berharga dan sukar dilupakan.

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa kompleks itu telah memulakan persiapan awal bagi penghasilan Kiswah baharu untuk musim Haji akan datang.

Sebagai persediaan menghadapi musim Haji tahun ini, Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi menaikkan bahagian bawah Kiswah pada Mei setinggi tiga meter, satu prosedur tahunan untuk melindungi kain daripada sentuhan dan kerosakan akibat pergerakan jemaah yang padat.

Langkah itu juga melibatkan penutupan bahagian terdedah dengan kain kapas putih selebar dua meter serta pelarasan semula kedudukan lampu.

Tugas itu dilaksanakan oleh pasukan khas yang terlatih, mencerminkan tahap perancangan, keselamatan dan kesucian tinggi yang ditetapkan Arab Saudi dalam menyambut kedatangan jemaah.

Langkah terbabit merupakan sebahagian daripada pelbagai usaha kerajaan dalam memastikan keselesaan dan kelancaran ibadah jemaah.

Terletak di kawasan Om Al-Joud, Mekah, Kompleks Raja Abdulaziz merupakan pusat utama pembuatan Kiswa.

Ia diasaskan oleh Raja Abdulaziz Al Saud pada 1927 dan dimodenkan pada 1977, sebelum dinamakan semula di bawah pemerintahan Raja Salman dan diletakkan di bawah pengawasan Presidensi Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Kini, lebih 200 tenaga mahir bertugas di pelbagai jabatan seperti tenunan sutera, sulaman, pertukangan benang emas, percetakan dan kemasan akhir.

Walaupun proses penghasilan Kiswah telah dimodenkan dengan penggunaan mesin tenun elektronik dan alat ketepatan, ia masih mengekalkan nilai tradisi Islam.

Pertukaran Kiswah yang secara tradisi berlangsung pada 9 Zulhijjah kini dilakukan pada 1 Muharam demi keperluan pemeliharaan dan logistik yang lebih teratur.

Kompleks itu turut menerima kunjungan umat Islam yang berminat meneroka warisan agung Islam.

Tempahan lawatan secara individu boleh dibuat secara dalam talian, manakala lawatan berkumpulan melalui pakej haji, umrah atau pelancongan perlu diuruskan menerusi laman rasmi Presidensi Am.

Maklumat lanjut boleh didapati di: [https://www.visitsaudi.com/en/makkah/attractions/the-kiswa-factory-of-the-holy-kaaba-in-makkah](https://www.visitsaudi.com/en/makkah/attractions/the-kiswa-factory-of-the-holy-kaaba-in-makkah).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HKSTP Leads Largest-Ever Hong Kong Delegation to BIO 2026 Showcasing Life and Health Tech...

HONG KONG SAR/SAN DIEGO, UNITED STATES - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP), in collaboration with InvestHK as co-organiser, the Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) as supporting organisation, and five renowned local universities - The University of Hong Kong, The Chinese University of Hong Kong, The Hong Kong University of Science and Technology, The Hong Kong Polytechnic University and City University of Hong Kong - to form the city's largest-ever delegation of life and health technology innovators to the BIO International Convention 2026 (BIO 2026) in San Diego, from June 22 to 25.

Vinpearl secures USD 255 million from international investors, affirming long-term growth prospects

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vinpearl Joint Stock Company announced the successful closing of a USD 255 million strategic investment from SeaTown Private Credit Fund III, a private credit fund managed by SeaTown Holdings International (SeaTown), and Oman Investment Authority (OIA), Vietnam Oman Investment (VOI).

SumiSaujana eyes regional growth as shareholders endorse strategy

The group remains cautiously optimistic on the oil and gas sector, buoyed by stable upstream activity across key Asian markets and steady demand for specialty chemical solutions, as shareholders approved all resolutions tabled at its second AGM.

VEC forges strategic partnerships with leading industry players to advance international exhibitions and events...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vietnam Exposition Center (VEC) has signed strategic Memoranda of Understanding (MOUs) with leading partners in the exhibition, events, and trade promotion sectors, including Informa Markets, NC Network, Exporum, Vinexad, Chaoyu Expo, and the Vietnam Exhibition & Convention Association (VECA).

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings