the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 21, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Diesel: Tiada cubaan seludup bahan api itu keluar ke Negara jiran – KPDN Kelantan

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan tidak mengesan sebarang cubaan menyeludup keluar diesel ke negara jiran selepas harga baru bahan bakar itu ditetapkan pada RM3.35 seliter.

Pengarahnya Azman Ismail berkata sejak 10 Jun lepas hingga kini tiada sebarang kes penyeludupan bahan api berkenaan direkodkan.

Beliau berkata pemantauan dan penguatkuasaan sepenuhnya oleh anggota KPDN di stesen-stesen minyak di sempadan ternyata memberi kesan yang besar terhadap kegiatan itu.

“Kami percaya penguatkuasaan harga baru diesel menyebabkan penyeludup tidak mahu mengambil risiko kerugian sekiranya tertangkap selain keuntungan kecil berbanding sebelum ini.

“Apa yang menjadi masalah sekarang, penyeludup kini aktif kepada penyeludupan petrol pula kerana harga RON95 masih lagi pada harga subsidi dan jika berjaya diseludup keluar mereka mampu mengaut keuntungan besar,” katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Azman berkata kegiatan itu sentiasa berlaku dan KPDN dengan kerjasama agensi lain termasuk Jabatan Kastam, Pasukan Gerakan Am dan polis marin sentiasa berkolaborasi bagi membanteras sebarang cubaan membawa keluar bahan bakar itu.

“Kes melibatkan petrol pula kebanyakan melibatkan penduduk tempatan menggunakan modus operandi mengisi minyak di beberapa stesen berlainan sehingga penuh tangki dan memindahkan ke dalam tong untuk diseludup keluar.

“Taktik menggunakan tangki tambahan juga masih dikesan berlaku pada kenderaan uzur yang diubah suai bagi mengisi minyak dalam kuantiti yang banyak sehingga 200 liter,” katanya.

Pada 7 Jun lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali melancarkan Ops Kesan 2.0 Pelaksanaan Penyasaran Subsidi Diesel.

Operasi itu bertujuan memastikan tidak berlaku elemen pencatutan terhadap harga barang dan perkhidmatan dengan mengguna pakai alasan pelarasan harga runcit diesel di stesen minyak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand cuts 3.8 million tonnes of CO₂ through low-carbon cement, accelerating beyond NDC targets...

Thailand has achieved a significant milestone in industrial greenhouse gas mitigation, reducing more than 3.8 million tonnes of CO₂ equivalent since 2019 through the implementation of clinker substitution under the Industrial Process and Product Use (IPPU) sector.

So Drama! Entertainment and TVBI Company Limited announce strategic partnership

So Drama! Entertainment and TVBI Company Limited have partnered to expand Cantonese entertainment through Kakee and TVB Anywhere, offering exclusive content, promotional events, artiste interviews and cross-platform experiences for audiences in Singapore and Hong Kong.

Embracing an intelligent future: UnionPay showcases AI innovation at WAIC 2026

UnionPay introduced new AI technologies and its "1+6+N" AI achievements framework at WAIC 2026, strengthening industry collaboration and advancing intelligent financial services through shared infrastructure, secure AI capabilities and real-world financial applications.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings