the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Draf pindaan Akta 134 di fasa akhir, bakal dibentang Mac 2026

PUTRAJAYA: Penyediaan draf pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) yang melibatkan isu pemilikan tanah masyarakat orang Asli kini berada di fasa akhir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Insya-Allah ia akan dimuktamadkan selewat-lewatnya September ini dan dibentangkan di Parlimen pada Mac 2026,“ katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.

Pada Mac lepas, Ahmad Zahid dilapor berkata pindaan itu bertujuan menambah baik beberapa perkara termasuk isu tanah, infrastruktur, pendidikan, perumahan dan ekonomi masyarakat Orang Asli.

Beliau berkata Akta itu akan dipinda setelah lebih 70 tahun dan beberapa aspek sedang diambil kira untuk dimasukkan dalam ubah suai akta ini terutamanya isu tanah atau kawasan rayau kerana terdapat pertikaian antara komuniti itu dan tuan tanah, pihak swasta dan kerajaan negeri.

Akta 134 telah dipinda kali terakhir pada 1967 dan disemak pada 1974.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata beliau mahu pendekatan pertanian berimpak tinggi melalui Projek Agrotek Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) diperluaskan.

Beliau berkata dengan pendekatan konsep pertanian pintar bagi tanaman cili fertigasi itu, negara mampu meningkatkan produktiviti dan pendapatan.

“Setakat ini 16,000 polibeg telah diusahakan di atas tanah empat ekar oleh empat peserta. Saya percaya dengan bimbingan serta teknologi yang tepat, projek ini berpotensi menghasilkan 96,000 kilogram cili dengan anggaran hasil jualan RM576,000 setahun,“ katanya.

Ahmad Zahid turut menyeru KETENGAH memacu transformasi pelancongan Tasik Kenyir melalui inisiatif Desa Kirana dan menjadikannya destinasi ikonik yang menyumbang kepada kejayaan Visit Malaysia 2026.

KETENGAH merupakan sebuah agensi badan berkanun di bawah KKDW yang berusia 52 tahun dan telah membelanjakan RM1.7 bilion sepanjang tempoh itu untuk melaksanakan pelbagai program dan projek bagi membangunkan wilayah dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings