the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua anggota penguat kuasa ditahan miliki 13 botol plastik cecair ketum

KOTA BHARU: Dua anggota penguat kuasa ditahan kerana memiliki 13 botol plastik berisi cecair keperangan dipercayai air ketum yang disimpan di sebuah rumah di Tanah Puteh, Jalan Kuala Lipis, Gua Musang, dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata suspek berusia 24 dan 28 tahun itu ditahan di rumah masing-masing dan polis turut merampas kesemua 13 botol tersebut berisi keseluruhan 18.25 liter air ketum dianggarkan bernilai RM182.

Beliau berkata ujian saringan air kencing didapati negatif dan mereka tidak memiliki rekod jenayah lampau.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan kedua-dua mereka direman selama tiga hari bermula semalam sehingga esok,“ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu, polis turut menahan 978 individu atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 dalam operasi tapis khas seluruh Kelantan bagi tempoh 1 Mac hingga semalam.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 884 warga tempatan dan 94 warga asing berumur 14 hingga 91 tahun.

“Dalam tempoh yang sama, polis juga berjaya merampas pelbagai jenis dadah, kenderaan dan sita harta yang kesemuanya bernilai RM450,819,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings