the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua pesawat TUDM bawa pasukan SMART, NADMA selamat tiba di Myanmar

KUALA LUMPUR: Dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Nay Pyi Taw, Myanmar hari ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan pesawat pertama tiba pada 11.36 pagi manakala pesawat kedua tiba pada 2 petang tadi.

Pesawat berkenaan turut membawa pasukan di bawah NADMA serta peralatan mencari dan menyelamat (SAR).

“Selepas ini, mereka (pasukan) akan bergerak ke kawasan operasi di Sagaing Division melalui jalan darat yang akan mengambil masa lapan jam,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Bernama melaporkan 50 anggota dan pegawai pasukan SMART berlepas ke Naypyidaw, Myanmar menggunakan pesawat A400M pagi tadi bagi misi kemanusiaan serta membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di negara itu.

Pasukan yang diketuai komander kontinjen PgKB I Mohamad Hafiezul Abdul Halim terdiri daripada 16 wakil Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (13) dan JBPM (21).

Kedua-dua pesawat itu masing-masing berlepas pada 9.30 dan 10 pagi dari Pangkalan Udara TUDM Subang, di sini.

Jumaat lepas, gempa bumi dengan magnitud 7.7 melanda Myanmar dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas selain turut menjejaskan negara jiran Thailand.

Hingga semalam, jumlah korban bencana itu di Myanmar mencecah hampir 2,000 orang selain ribuan cedera dan ratusan lagi masih hilang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings