PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memaklumkan telah menerima aduan berkaitan dakwaan kegagalan Jabatan Imigresen (JIM) menyerahkan semula barang tahanan semasa tahanan dikeluarkan dari Depot Imigresen Bukit Jalil.

EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun hasil siasatan mendapati kehilangan barang berkenaan bukan berpunca daripada kecuaian pegawai JIM.

“Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan dalam aspek pengurusan dan pengendalian barang tahanan yang perlu ditambah baik bagi mengelakkan tohmahan atau salah faham terhadap pegawai bertugas,“ menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor penambahbaikan kepada JIM bagi memastikan pengurusan dan pengendalian barang tahanan dilaksanakan selari dengan Prosedur Operasi Kualiti (POK) sedia ada.