the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ekonomi global mencabar dorong ringgit dibuka rendah`

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh dalam situasi tidak menentu baharu disebabkan unjuran ekonomi global yang mencabar pada separuh kedua 2025.

Pada 8.03 pagi, mata wang tempatan dicatatkan pada 4.2375/2560 berbanding dolar AS daripada 4.2270/2360 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka berada antara RM4.23 dan RM4.24 hari ini berikutan data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS pada Mei yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Katanya NFP AS meningkat 139,000 pada Mei, lebih tinggi daripada anggaran konsensus sebanyak 126,000 manakala kadar pengangguran kekal pada 4.2 peratus untuk tiga bulan berturut-turut, mendorong Indeks Dolar AS (DXY) naik kepada 99.190 mata pada Jumaat lepas.

“Data NFP terkini menunjukkan pasaran tenaga kerja di AS masih berdaya tahan walaupun perlu berdepan dengan tarif yang tinggi,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya NFP pada April telah disemak semula kepada paras lebih rendah, iaitu daripada 177,000 kepada 147,000 dan kadar penyertaan tenaga kerja AS merosot kepada 62.4 peratus pada Mei daripada 62.6 peratus pada April.

“Oleh itu, walaupun pasaran tenaga kerja masih baik, petunjuk kadar pertumbuhan yang perlahan dalam kumpulan data semakin ketara.

“Berdasarkan sentimen perniagaan dan pengguna yang kekal lemah, unjuran ekonomi pada separuh kedua 2025 dilihat semakin mencabar. Pada pandangan kami, kemungkinan untuk Kadar Dana Persekutuan AS diturunkan meningkat,” katanya.

Beliau berkata ringgit mengukuh berbanding dolar AS, dengan USDMYR ditutup pada RM4.2315, mencatatkan peningkatan mingguan sebanyak 0.6 peratus pada minggu lepas.

Pada sesi awal, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9305/9435 daripada 2.9324/9390 pada Jumaat lepas, bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.7367/7618 daripada 5.7212/7334 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.8341/8552 daripada 4.8268/8371.

Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9468/13.0121 daripada 12.9599/9947 pada Jumaat lepas.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2892/3041 daripada 3.2862/2934, berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.64 daripada 7.58/7.60 dan menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 260.1/261.4 daripada 259.5/260.2.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings