the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat beradik antara yang cedera kemalangan bas

BUKIT MERTAJAM: Bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini, awal pagi tadi membawa rombongan 24 warga emas wanita termasuk empat beradik yang turut cedera dalam insiden tersebut.

Herni Hidayah Mohd Paiz, 38, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada kakaknya pada 5 pagi tadi memaklumkan bas yang dinaiki ibu mereka Zalila Arshad, 68, dari Seremban terlibat dalam kemalangan di Sungai Bakap.

Beliau berkata tiga ibu saudaranya Hazariah, 72, Jamiah, 61, dan Nor Azizah, 58, yang mengikuti rombongan sama turut mengalami kecederaan.

“Saya tinggal di Sungai Petani, Kedah dan sebaik dimaklumkan saya terus menghubungi mak dan dia maklumkan telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), saya terus ke hospital bagi mengetahui keadaan sebenar ibu dan tiga lagi ibu saudara.

“Ibu saya mengalami cedera di kaki dan sakit di badan manakala kakaknya (Hazariah) pula patah gigi dan cedera di pipi dipercayai selepas tertusuk cermin mata dan dua lagi ibu saudara saya cedera di kaki (Jamiah) serta seorang lagi dirawat di Hospital Sungai Bakap (HSB) (Nor Azizah) luka-luka di muka dan tangan,“ katanya ketika ditemui pemberita di HSJ, di sini hari ini.

Herni Hidayah berkata beliau bersyukur kerana ibu dan tiga ibu saudaranya tidak mengalami kecederaan parah serta dijangka dibenarkan keluar hospital selepas pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, rombongan itu merupakan kumpulan Helwa Surau Bandar Seremban Selatan yang dalam perjalanan ke Kedah untuk ke beberapa lokasi antaranya mengikuti program di Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dan Masjid Al-Busyra di Sungai Petani selain Tanjung Dawai, Gunung Jerai dan Alor Setar selama dua hari satu malam.

Nor Azizah berkata semasa kemalangan berlaku beliau baru saja tertidur dan apabila tersedar, mendapati dirinya dan kawan-kawan berada di lantai bas dipercayai kerana terpelanting.

“Alhamdulillah semuanya selamat dan kami terus dibawa ke hospital dan menerima rawatan, selepas pemeriksaan dan (imbasan) X-ray doktor benarkan mak cik balik kerana semua ok cuma sekarang ini lutut mak cik sakit dan tidak boleh berjalan,“ katanya.

Seorang lagi mangsa, Siti Hajarlisun Yusof, 59, yang juga urus setia rombongan berkata setakat ini beliau dimaklumkan hanya dua orang daripada mereka mengalami kecederaan teruk.

Beliau berkata seorang rakan mengalami kecederaan mata dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam bagi mendapatkan khidmat pakar manakala seorang lagi patah tulang pipi.

“Kami merancang rombongan ini sejak dua minggu lepas…mereka yang mengikuti rombongan adalah warga emas wanita yang juga geng mengaji di surau.

“Ini bukan kali pertama kami buat rombongan cuma ini kali pertama pergi ke tempat jauh iaitu Kedah dan saya bersyukur kami semua selamat,“ katanya.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai nahas itu pada 4.16 pagi dan sebaik tiba di lokasi, mendapati bas persiaran yang membawa 24 penumpang bersama pemandu serta seorang kelindan dipercayai telah melanggar belakang sebuah lori kontena.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings