the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal kini dalam jagaan baik: Nancy

KUALA LUMPUR: Empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan yang dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, Perak pada Nov 23 telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata mereka dibawa ke hospital oleh pegawai kementeriannya.

“Setelah dibawa ke hospital, pihak kementerian masih perlu mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk membawa kesemua kanak-kanak itu ke institusi di bawah kementerian. Mereka kini dalam jagaan baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di sini semalam.

Beliau turut berterima kasih kepada orang ramai yang berkongsikan maklumat sekali gus membolehkan kementeriannya bertindak segera terhadap kes berkenaan.

Terdahulu, Bernama melaporkan empat beradik yang terdiri daripada dua lelaki berusia 11 dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun ditemukan ditinggalkan di kompleks berkenaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata maklumat berhubung kejadian itu diterima melalui Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah sekitar 5.39 petang.

Sementara itu, mengulas mengenai Tribunal Anti Gangguan Seksual, beliau berkata presiden, timbalan presiden serta 10 anggota tribunal berkenaan akan dilantik dalam masa terdekat.

Menurut Nancy tribunal itu akan beroperasi sebelum Januari 2024.

Dalam ucaptama pada majlis pelancaran berkenaan, Nancy berkata menangani keganasan terhadap wanita merupakan tanggungjawab bersama dan semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan tempat kerja adalah persekitaran yang selamat dengan tiada toleransi terhadap sebarang gangguan atau keganasan.

Beliau berkata kementeriannya dalam peringkat akhir mengemas kini Garis Panduan Pengendalian Kes Keganasan Rumah Tangga yang menjadi rujukan dan panduan kepada agensi berkaitan bagi menyelaras dan mengendalikan kes berkenaan dengan berkesan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings