Your Title

LILONGWE: Seramai empat orang termasuk seorang wanita hamil terbunuh ketika menyertai perarakan pengebumian bekas naib presiden Malawi, Saulos Chilima di daerah Ntcheu, pada Ahad.

Insiden berlaku apabila satu daripada kenderaan konvoi pengebumian Chilima merempuh mereka yang hadir, mengakibatkan empat orang terbunuh manakala 12 lagi cedera, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Naib Presiden itu terkorban dalam nahas pesawat minggu lalu.

Jasad Chilima tiba di kampung halamannya di Nsipe, Ntcheu pada petang Ahad sebelum disemadikan pada Isnin.