the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam unit flat di Batu Caves musnah dalam kebakaran pagi ini

BATU CAVES: Enam unit kediaman di tingkat lima Flat Pinggiran, Taman Pinggiran Batu Caves musnah dalam kebakaran pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.39 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 12.11 tengah hari dan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.

Kebakaran melibatkan enam buah rumah flat dengan setiap unit berkeluasan 35×25 kaki persegi.

Anggaran kemusnahan bagi tiga buah rumah adalah 100 peratus manakala masing-masing sebuah rumah terbakar 80 peratus, 60 peratus dan 40 peratus.

Ahmad Mukhlis berkata seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Sungai Buloh, Gombak Selatan dan Shah Alam bersama dengan lima jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings