the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadhlina: Kementerian tambah warden 63 peratus atasi kes buli

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah menambah bilangan warden sebanyak 63 peratus bermula 1 Ogos 2022 dengan julat sekurang-kurangnya tiga orang di sebuah asrama sebagai langkah pencegahan kes buli, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata KPM juga mengadakan kempen peningkatan kemahiran kepada warden dan ketua warden dari semasa ke semasa bersesuaian dengan tugas warden seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah (MySG).

“Selain itu, kementerian juga melaksanakan sistem rumah di asrama sebagai antara usaha untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan serta melakukan program sahsiah unggul murid di sekolah menengah.

“Jadi semua program ini kami telah jalankan termasuk dengan perkara yang dilaksanakan di bawah Garis Panduan Intervensi Buli, di semua institusi KPM,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) berhubung langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh kementerian supaya kes buli tidak berlaku.

Sementara itu, Fadhlina berkata kementerian sentiasa memandang serius tentang soal kebajikan dan keselamatan murid di bawah kementerian itu yang berkait dengan isu berkenaan.

Menurutnya bagi kes yang yang berlaku di sekolah, mangsa dan pelaku akan dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk sesi kaunseling, selain kementerian turut mempunyai pasukan tersebut untuk menangani isu berkenaan.

“Guru bimbingan dan kaunseling akan melakukan intervensi yang bersesuaian untuk memastikan intervensi yang berkaitan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan murid terjaga secara berterusan sebagai bentuk perlindungan sementara di sekolah bagi melindungi mangsa sewaktu siasatan dilakukan.

Semua kes buli perlu dirujuk kepada pengetua untuk tindakan selanjutnya, katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Mohamed Taufik Johari (PH-Sungai Petani) bagaimana kementerian mencegah masalah kesihatan mental dalam kalangan mangsa buli serta ibu bapa mereka menerusi sesi kaunseling serta tempohnya.

Selain itu, Fadhlina berkata pihak sekolah akan memantau disiplin murid sementara menunggu proses siasatan atau prosiding mahkamah selesai.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings