Sunday, November 9, 2025
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Faisal Halim tarik diri dari skuad Harimau Malaya hadapi Palestin

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Pemain sayap Faisal Halim terpaksa menarik diri daripada skuad Harimau Malaya bagi menhadapi aksi persahabatan Tier 1 menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Isnin ini.

Ketua jurulatih Peter Cklamovski mengesahkan perkara itu dengan menjelaskan pemain yang mesra disapa Mickey itu berdepan masalah peribadi selain mengalami kecederaan kecil di bahagian lutut.

“Beliau berdepan situasi peribadi yang kita hormati dan pada masa sama mengalami sedikit masalah lutut.

“Berdasarkan keadaan itu, keputusan terbaik adalah tidak bersama pasukan ketika ini supaya beliau dapat memberi tumpuan kepada persiapan diri, di dalam dan luar padang, dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” katanya pada sidang media di Johor Bahru hari ini.

Cklamovski berkata penarikan diri pemain Selangor berusia 27 tahun itu bagi membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kesejahteraan diri.

“Faisal seorang profesional sejati dan menjadi inspirasi kepada negara. Saya yakin beliau akan terus kekal begitu. Sebagai pasukan kebangsaan, kami memberi sokongan penuh kepadanya dan akan terus melakukannya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan isteri Faisal, Nur Syazwani Mizuana Shahril dikatakan dikatakan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Menerusi hantaran di Instagram Story dipercayai miliknya, Nur Syazwani menyatakan keputusan itu bukan mudah namun terpaksa dibuat selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga gagal- BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Toyota Tacoma H2-Overlander Concept turns water into adventure

Toyota took centre stage at this year’s SEMA Show with a concept that pushes off-road innovation into new territory — the Tacoma H2-Overlander, a hydrogen-powered pickup designed not only to drive emissions-free but to literally make and reuse water as it goes. The concept sits under Toyota’s “Powered by Possibility” theme, a showcase of experimental builds aimed at demonstrating how future vehicles could combine clean energy with real-world versatility. At its core, the Tacoma H2-Overlander begins life as a standard Tacoma pickup, but instead of the usual petrol engine, it’s fitted with the second-generation hydrogen fuel cell system lifted from the Toyota Mirai sedan.
spot_img

Popular Categories