• 2025-09-12 01:30 PM

SACRAMENTO: Penyiasat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menawarkan ganjaran sebanyak US$100,000 bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan individu bertanggungjawab dalam insiden tembakan ke atas aktivis politik Charlie Kirk, ketika pencarian suspek diperluas, lapor Xinhua.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut mengeluarkan dua imej individu yang dikategorikan sebagai “orang berkepentingan”.

Kirk, 31, ditembak di bahagian leher ketika berucap di hadapan orang ramai dalam acara debat terbuka “Prove Me Wrong” di Universiti Utah Valley sekitar tengah hari Rabu -BERNAMA-XINHUA