the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fuziah dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PKR

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan hari ini memutuskan untuk melantik semula Datuk Dr Fuziah Salleh sebagai Setiausaha Agung PKR.

Mesyuarat itu turut memutuskan beberapa pelantikan semula iaitu William Leong sebagai Bendahari Agung manakala Ahli MPP Datuk Fahmi Fadzil sebagai Ketua Penerangan.

Fahmi dalam kenyataan susulan mesyuarat itu berkata Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Bersama dan Ahli Biro Politik.

Beliau berkata Datuk Mustapha Sakmud juga kekal menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.

“Mesyuarat turut merakam setinggi-tinggi perhargaan atas pengorbanan, sumbangan serta khidmat bakti bekas Timbalan Presiden dan pimpinan lainnya serta berharap agar mereka akan masih memberi sumbangan kepada parti dan perjuangan,” katanya.

Fahmi berkata mesyuarat turut membincangkan isu-isu semasa termasuk perihal geopolitik dan ekonomi global serta tahap persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings