the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan bekalan: Penduduk terpaksa berjaga malam untuk tadah air

GUA MUSANG: Sejak dua tahun lepas, penduduk di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini bersengkang mata menunggu bekalan air pulih.

Pencuci kawasan ladang Wan Azahar Wan Abdullah, 33, berkata penduduk terpaksa berjaga pada tengah malam semata-mata untuk mendapatkan air bersih kerana hanya pada waktu itu sehingga subuh tekanan air di kediaman mereka mulai kuat dan pulih daripada gangguan bekalan.

“Masalah ini sudah berlarutan hampir dua tahun dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian diambil pihak berkuasa walaupun kita sudah banyak kali membuat aduan.

“Kami pernah terputus bekalan air pada waktu pagi sehingga malam dan jika ada pun tekanan air sangat rendah sehinggakan untuk menadah air di dalam baldi mengambil masa yang sangat lama,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Suri rumah Siti Norzalila Shari, 37, berkata selain komited membayar bil air secara bulanan, dia juga perlu menanggung kos menyediakan satu tangki khas di luar rumah berserta baldi dan besen pelbagai saiz untuk tadahan dan penyimpanan air bersih.

“Di sini terdapat lebih 500 rumah dan bergantung kepada satu tangki air sahaja. Jadi, sebab itu saya terpaksa menambah satu lagi tangki yang diletakkan di luar rumah berdekatan dengan paip. Berkemungkinan air di sini dicatu tetapi kami tidak tahu kenapa ia dicatu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim berkata beliau mengambil maklum mengenai aduan penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

“Saya akan mengusulkan masalah gangguan bekalan air ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan bersama masalah bekalan air di Taman Tropika Gua Musang.

“Saya berharap agar pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengambil perhatian sebab sepatutnya isu bekalan air di Gua Musang tidak perlu disamakan dengan daerah hilir,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings