KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda kawasan Rantau Barat Papua, Indonesia pada 11.43 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 60 kilometer (km) itu berlaku kira-kira 264 kilometer selatan dari Sorong, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.