the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempur Teknikal: JPJ keluar 22,201 notis ke atas kenderaan perdagangan

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 22,201 notis ke atas kenderaan perdagangan dalam Operasi Khas ‘Gempur Teknikal’ yang dijalankan di seluruh negara bagi tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan Datuk M. Jana Santhiran berkata operasi itu dijalankan sejak 25 Dis lepas terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-kaedah.

“Sepanjang operasi berkenaan sehingga ke hari ini, sebanyak 88,034 kenderaan perdagangan telah diperiksa, 22,201 notis dikeluar, kenderaan diambil tindakan (9,661) dan 77 buah telah disita.

“Berdasarkan kepada notis kesalahan yang dikeluarkan sepanjang ops itu, pihak JPJ telah mengesan hampir 7,000 kenderaan perdagangan melakukan kesalahan teknikal seperti tidak selenggara kenderaan dengan baik, tayar tidak mengikut spesifikasi, tidak jaga tayar dengan baik atau haus berlebihan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau menyertai Operasi Bersepadu ‘Gempur Teknikal’ Kenderaan Perdagangan yang dijalankan di Plaza Tol Sungai Dua (Arah Selatan) di sini hari ini.

Sementara itu, Jana Santhiran berkata JPJ juga telah mengadakan Ops Khas PUSPAKOM bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) seluruh negara mematuhi standard yang ditetapkan.

Menerusi ops berkenaan, pihak JPJ memeriksa 37 PUSPAKOM di seluruh negara dan hasil daripada pemeriksaan ke atas 4,945 kenderaan, 1,093 telah diambil tindakan, 21 di sita dan notis kesalahan sebanyak 1,640 dikeluarkan, tambah beliau.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan dan JPJ tidak akan berkompromi terhadap pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan-peraturan sedia ada yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HKRITA Signs MoU with Jeanologia and Looptworks to Establish the Green Machine Circular Textile...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - The Hong Kong Research Institute of Textiles and Apparel (HKRITA) yesterday officially signed a landmark Memorandum of Understanding (MoU) with two key global partners, Jeanologia and Looptworks, to establish the Green Machine Circular Textile Ecosystem – a first-of-its-kind collaboration to accelerate the large-scale recycling of blended textiles.

Ogilvy launches first-of-its-kind live Commerce Competition in Singapore to Champion the Future of Creator...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Ogilvy, in partnership with TikTok Shop, today launched the Live-Fluence League, a first-of-its-kind live commerce competition in Singapore which brought together eight of leading social sellers to compete in real time, driving measurable sales for featured brands through a live, trackable leaderboard.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings