the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Giliran Muhammad Hazriq menyinar

SEPANG: Pelari muda negara Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau (gambar) mahu mengikut jejak atlet lari berpagar 110 meter (m) negara Rayzam Shah Wan Sofian mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam acara itu.

Muhammad Hazriq juga berazam untuk memastikan dirinya menaiki podium pada setiap kejohanan disertainya.

“Sebelum ini Rayzam menyerlah, kali ini giliran saya pula menyinar,“ kata pelajar Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussein Onn, Johor itu kepada pemberita sejurus tiba dari Thailand, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Thailand, di sini semalam (Dis 10).

Atlet kelahiran Johor itu juga menanam misi untuk memburu slot ke Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Peru tahun depan dengan mencatatkan masa 14.20 saat (s) di Kejohanan Olahraga Terbuka SAECA-BJSS Innotex 2023, di Stadium Mini Bukit Jalil, di sini pada 19- 20 Dis ini.

“Di Innotex saya jangkakan dapat buat 13.9s, saya percaya pada jurulatih saya dan program yang disediakan untuk saya. Saya akan fokus untuk kejohanan dunia dan sasar ke final,“ katanya.

Khamis lepas, Muhammad Hazriq mencipta sensasi apabila mengungguli acara 110m lari berpagar lelaki pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara di Bangkok.

Atlet berusia 17 tahun itu mencatat 13.44 saat (s) untuk menewaskan atlet Indonesia Bria Bagas Swara 13.44s dan rakan senegara Aiman Suffian Sahrizal (14.09s) yang masing-masing meraih perak dan gangsa.

Lebih manis, beliau turut memperbaharui rekod kejohanan 13.71s yang dicipta pelari Thailand Kittipong Kongdee pada edisi Jakarta pada 2011.

Bukan itu sahaja, Muhammad Hazriq juga membantu kuartet 4x100m lelaki negara dibarisi Dylan Leo Saran Stephen, Danish Irfan Tamrin dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee untuk memenangi emas.

Kontinjen Malaysia yang dibarisi 44 atlet membabitkan 25 lelaki dan 19 wanita menamatkan kejohanan remaja berprestij itu dengan memungut keseluruhan 21 pingat iaitu empat pingat emas, lima perak dan 12 gangsa.

Selain acara 110m lari berpagar lelaki dan 4×100 lelaki, atlet negara Nur Izzati Eliana Suhaidi, 17, turut dinobatkan sebagai ratu pecut selepas memenangi emas 100m perempuan dengan catatan 12.39s.

Satu lagi emas Malaysia disumbangkan menerusi kejayaan atlet lompat kijang lelaki Mark Paladius. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings