the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hamidin: Harimau Malaya boleh ‘makan’ Kyrgyzstan, Taiwan

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin optimis Harimau Malaya mampu mengatasi Kyrgyzstan dan Taiwan dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Beliau berkata peluang dilihat lebih seimbang untuk skuad kendalian Kim Pan Gon apabila melayan kunjungan Oman di laman sendiri pada Mac tahun depan.

Berdasarkan prestasi Harimau Malaya sejak kebelakangan ini, Hamidin berkata keyakinannya terhadap kemampuan skuad negara berada pada tahap lebih 50 peratus untuk mara ke peringkat seterusnya bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

“Kita usaha cukup tinggi dan pasukan ini boleh makan Kyrgyzstan dan Taiwan, Oman pula 50-50 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini merupakan ujian buat Pan Gon memandangkan kita akan main di laman sendiri dan di luar pada pusingan kelayakan nanti.

“Kalau tanya saya, ada keyakinan 55 peratus. Sebagai presiden saya perlu yakin, ini bukan main-main tetapi semua kena buat kerja dari jurulatih, pegawai, pemain dan kakitangan. Bagaimanapun, itu semuanya dengan izin Allah SWT,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada masa sama, beliau turut mencabar barisan pemain serta kejurulatihan agar mara sejauh mungkin dalam peringkat Kelayakan Piala Dunia 2026.

Malaysia membuka tirai saingan Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan yang menduduki ranking ke-97 dunia Khamis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi di tempat lawan menentang Taiwan (ranking ke-152) pada 21 Nov.

Selepas dua perlawanan bulan ini, Malaysia berkedudukan ke-137, dijadual bertemu pasukan ke-72 dunia Oman di tempat lawan dan sendiri tahun hadapan masing-masing pada 21 dan 26 Mac, bertemu Kyrgyzstan di Bishek (6 Jun) dan Taiwan (11 Jun) di Malaysia.

Mengikut format saingan, dua pasukan terbaik kumpulan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan layak ke Piala Asia, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan bermain dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.

Sementara itu, Hamidin menuntut para pemain Harimau Malaya mengekalkan konsistensi ketika menentang pasukan dari Asia yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada mereka selepas ini.

“Saya dapat lihat apabila berdepan pasukan yang besar, semangat dan keyakinan pasukan negara lebih tinggi,” katanya.

Malaysia sebelum ini pernah mencatat keputusan memberangsangkan mengikat dua pasukan di kelompok 100 dunia iaitu Syria 2-2 dan China 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada September lepas diikuti menang 4-2 ke atas India (102 dunia) pada Pestabola Merdeka 2023 bulan lepas.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings