the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hampir 10,000 warga TNB bertugas pada Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menugaskan hampir 10,000 tenaga kerja pelbagai peringkat di sepanjang rantaian perkhidmatannya di 11 negeri di seluruh Semenanjung bagi menjamin kestabilan bekalan elektrik menjelang sambutan Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata pemantauan ditingkatkan menjelang hari raya dengan kebiasaannya tempoh 72 jam bermula sehari sebelum 1 Syawal adalah kritikal berikutan orang ramai rancak membuat persiapan terutama pada malam Aidilfitri.

“Walaupun tugasan ini ialah rutin harian warga kerja di bahagian perkhidmatan masing-masing, saya yakin setiap daripada warga kerja ini akan memberikan yang terbaik demi pengguna di seluruh negara,” katanya.

TNB memaklumkan bagi menghargai sumbangan warga kerja terlibat, pihaknya mengekalkan tradisi menitipkan bingkisan kuih raya yang disediakan dengan kerjasama Persatuan Wanita TNB.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings