the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Harimau Muda julang Piala Merlion 2023

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara melakar sejarah apabila menjulang Piala Merlion 2023 selepas menewaskan skuad B-22 Hong Kong, 2-1, dalam aksi final di Stadium Jalan Besar, di Singapura, semalam.

Kemenangan itu menamatkan penantian 41 tahun Malaysia untuk mengungguli semenjak piala berkenaan diperkenalkan pada 1982, sekali gus memperbaharui pencapaian selepas sekadar berada di kedudukan tercorot pada dua edisi yang disertainya iaitu pada 1982 dan 1985.

Skuad Harimau Muda jelas bermula garang apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu pihak lawan seawal minit kelima perlawanan apabila penyerang Muhammad Aliff Izwan cuba meledak gol namun berjaya ditampan penjaga gawang, Ng Wai Him.

Berbekalkan momentum sedia ada, skuad kendalian E. Elavarasan menggandakan serangan dan peluang terbaik tiba apabila rembatan Muhammad Azrin Afiq dari luar kotak penalti berjaya menggegarkan jaring pada minit ke-20, namun dibatalkan kerana disahkan ofsaid oleh pengadil.

Bersambung babak kedua, barisan muda negara terus mengasak skuad kendalian Szeto Man Chun apabila Muhammad Haqimi Azim menghantar bola silang kepada Muhammad Najumdin Akmal yang terus meledak gol pada minit ke-57 namun jaringan Malaysia sekali lagi dinafikan pengadil buat kali kedua.

Tidak goyah dengan insiden itu, pemain simpanan yang dimasukkan pada babak kedua perlawanan Muhammad Najumdin akhirnya berhasil memecahkan kebuntuan jaringan menerusi tandukan padunya pada minit ke-74.

Lima minit berselang, pemain pertahanan Muhammad Safwan Mazlan terus mengecewakan pihak lawan apabila menambah jaringan jarak jauh, namun skuad kendalian Szeto Man berjaya merapatkan defisit menerusi Lau Ka Kiu pada minit ke-80.

Bagaimanapun, pada penghujung perlawanan berlaku ketegangan antara kedua-dua pasukan yang menyaksikan Muhammad Haqimi dan Kong Maddox dilayangkan kad merah pada minit kecederaan namun keputusan kekal 2-1 sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.

Sementara itu, pada perlawanan sebelah petang, Kemboja menduduki tempat ketiga selepas mengalahkan tuan rumah Singapura, 2-1. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings