the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hotel terkenal di Terengganu didenda RM8,000 jual makanan tercemar

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA TERENGGANU: Sebuah hotel tempatan yang terkenal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menjual makanan tercemar mengandungi mikroorganisma Coliform, Mac lepas.

Hakim Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli menjatuhkan hukuman tersebut terhadap pegawai penjaga restoran Wan Kamaruzzaman Wan Husin, 49, selepas wakil hotel itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Menurut pertuduhan, hotel berkenaan telah menjual ayam bakar mengandungi bakteria Coliform kepada seorang pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu kira-kira oukul 5.20 petang 17 Mac lepas.

Hasil analisis mendapati makanan berkenaan mengandungi Coliform.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 13B(4) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) Alias Awang Kechik ketika memohon hukuman setimpal berkata kesalahan tersebut adalah serius kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan selain tertuduh pernah menghadiri kursus pengendalian makanan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings