the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen serbu 17 premis, tahan 33 pendatang tanpa izin

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen (JIM) Johor menahan 33 pendatang tanpa izin selepas menggempur lokasi tumpuan mereka di daerah Muar, Mersing dan Segamat, pada Selasa lepas dan semalam.

Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata 17 premis telah diserbu oleh sepasukan pegawai daripada unit penguat kuasa cawangan terlibat bermula pukul 11 pagi hingga 1.30 pagi susulan aduan awam.

Beliau berkata pihaknya telah memeriksa 124 warga asing dalam Op Gegar, Op Sapu, Op Minyak dan Op Selera itu sebelum menahan 33 daripada mereka.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada dua wanita dan 12 lelaki warga Myanmar, seorang wanita serta 11 lelaki Thailand, empat lelaki Bangladesh dan tiga wanita Vietnam, berusia dalam lingkungan 15 hingga 64 tahun.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39 (B) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata enam notis hadir ke pejabat turut dikeluarkan kepada individu dalam operasi terbabit bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, beliau berkata Bahagian Penguatkuasa JIM Johor turut menahan 11 pendatang tanpa izin menerusi Op Mahir dalam serbuan di dua kilang di sekitar bandar raya ini, semalam.

Beliau berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada seorang wanita dan 10 lelaki Myanmar berusia lingkungan 24 hingga 39 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi ini dijalankan susulan aduan awam yang menyatakan bahawa terdapat beberapa warga asing disyaki bekerja tanpa permit yang sah dan tinggal lebih masa,” katanya sambil menambah tiga individu diberikan notis hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings