the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia digital

PUTRAJAYA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz berkata insentif cukai itu akan diumumkan Mei ini, bagi inisiatif digital dalam harta intelek (IP) dan bukan IP dan juga dalam bentuk insentif elaun cukai pelaburan.

“Insentif ini akan diumum bersama Kementerian Digital, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri,“ katanya dalam kenyataan berhubung aspirasi MDEC untuk 2024 hari ini.

Mengenai Inisiatif e-Invois Kebangsaan Program Mangkin Malaysia Digital (PeMangkinMD), beliau berkata inisiatif itu bertujuan memperkasa semua saiz perniagaan untuk menerima pendigitalan dan menyelaraskan proses kewangan, yang juga sejajar dengan Pelan Hala Tuju Pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Nasional (NMD2030).

Beliau berkata MDEC akan menerajui usaha untuk menggalakkan penggunaan kecerdasan buatan di negara ini dan komited untuk memajukan Malaysia ke arah menjadi kuasa digital global, memacu inovasi dan meletakkan negara sebagai hab digital pilihan ASEAN.

Selain itu, beliau berkata MDEC bakal menganjurkan Ekspo Digital Malaysia pada Oktober ini yang akan mempamerkan inisiatif dan peluang digital terkini, selain menyertai Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar di Barcelona, November ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings