the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air

SHANGHAI: Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.

Beliau berkata seorang penumpang yang cedera dalam insiden gelora udara ekstrem itu sudah dibenarkan keluar hospital dan menunggu proses dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

“Tujuh lagi rakyat Malaysia, masing-masing dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin dan di Hospital Samitivej Sukhumvit sudah dipindahkan ke wad biasa dan berada dalam keadaan stabil.

“Seorang lagi rakyat Malaysia yang juga kru pesawat SQ321 SIA dan turut terjejas dalam insiden berkenaan akan melakukan penerbangan ke Singapura, hari ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohamad berkata Kementerian Luar melalui Pejabat-pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Bangkok akan terus memantau perkara itu dan sedang berusaha membantu semua mangsa terlibat terutama bagi mempermudah urusan pulang ke tanah air.

Sebelum ini, dilaporkan pesawat SIA penerbangan SQ321 membawa 211 penumpang dan 18 kru itu sedang dalam penerbangan dari London ke Singapura apabila mengalami gelora udara ekstrem di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 11,277.6 meter, kira-kira 10 jam sejurus berlepas, pada 21 Mei lepas.

Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan melencongkan pesawat Boeing 777-300ER itu ke Bangkok dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 3.45 petang waktu tempatan.

Seorang penumpang maut dan ramai lagi cedera dalam insiden itu.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata kementerian belum menerima sebarang maklum balas mengenai jemaah dari Malaysia diarah meninggalkan Makkah, Arab Saudi susulan tidak memiliki dokumen lengkap mahupun visa haji.

“Malawakil di Riyadh dan Jeddah sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan, terutama Lembaga Tabung Haji. Kita sentiasa bersedia memberikan bantuan konsular bagi mempermudah pergerakan jemaah Malaysia jika berlaku sebarang perkara luar jangka,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings