the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu Agregator Gas Sarawak: Petronas, Petros perlu muktamadkan rundingan dalam tempoh tiga bulan

KUCHING: Perbincangan antara Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai kawal selia minyak dan gas di Sarawak perlu dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata perbincangan antara kedua-dua syarikat minyak dan gas itu sedang berlangsung dan Petronas meminta Sarawak menangguhkan pelaksanaan kawal selia gas di negeri itu buat sementara waktu.

“Terdapat kebimbangan mengenai pengagihan gas asli cecair (LNG). Namun, pihak kami (Sarawak) menghormati peraturan tersebut kerana kita juga mempunyai ekuiti dalam LNG.

“Kita ada saham, jadi inilah perbincangan antara pihak Petros dan Petronas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi di sini hari ini.

Abang Johari menegaskan bahawa perbincangan tersebut mesti diselesaikan sebelum 1 Oktober, jika tidak kawal selia akan dilaksanakan.

“Semua pihak lain telah menandatangani perjanjian, termasuk Shell dan kini Exxon yang dijangka akan ke Sarawak. Peluang dari segi kawal selia dan pencarian gas telah pun dimulakan dengan perbincangan yang berterusan,” katanya.

Menurut RHB Investment Bank Bhd, Petronas dijangka kehilangan sebahagian daripada pendapatannya kerana tidak menjadi agregator tunggal di Sarawak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings