the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu bekalan beras putih tempatan semakin reda: Mohamad

KUALA LUMPUR: Masalah gangguan bekalan beras putih tempatan semakin mereda, dibantu hasil tuaian padi hujung tahun oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata bagaimanapun, bekalan beras tempatan dalam negara masih belum stabil sepenuhnya, susulan permintaan yang kekal tinggi dalam kalangan pengguna.

“Masih ada (masalah kekurangan beras) tetapi dia reda dan ia masih lagi sedang diusahakan untuk dicukupkan, yang baru tuai sekarang ni sedang dalam proses pengilangan jadi dia baru reda.

“Beras kita hanya baru 65 peratus (kadar sara diri) jadi kita tak cukup 35 peratus, beras tempatan ini sekarang menjadi rebutan sebab harga beras import mahal,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kebun Komuniti AU2 Taman Keramat, di sini hari ini.

Mohamad berkata MADA juga sedang dalam proses penanaman semula padi, bagi bekalan tahun hadapan.

Sementara itu dalam lawatan tersebut, beliau turut menggalakkan komuniti di bandar-bandar besar untuk terlibat dalam usaha keterjaminan makanan, dengan berbakti kepada tanah melalui pembukaan kebun komuniti di kawasan lapang yang sesuai.

Mohamad berkata tanah lapang yang berdekatan dengan kawasan perumahan, boleh dimanfaatkan dengan penanaman tanaman kontan seperti cili, serai, ulam-ulaman, yang sekali gus mampu memberikan manfaat kepada komuniti setempat.

“Kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk projek pembangunan komuniti, ia untuk projek komuniti seperti ini bukan hanya pertanian, apa-apa sahaja yang lain dalam bentuk komuniti ada peruntukan.

“Tetapi, (saya sarankan) mohon awal, sebab ia dah boleh dibelanjakan pada bulan Januari nanti,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihati pihak yang ingin terlibat dalam aktiviti berkenaan, supaya memastikan kawasan yang ingin dibangunkan sebagai kebun komuniti sesuai dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada infrastruktur sedia ada.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024, mengumumkan peruntukan RM1 bilion di bawah Dana Komuniti MADANI bagi mendukung usaha memartabatkan ekonomi komuniti.

Menerusi inisiatif itu, setiap kampung, desa, rumah panjang mahupun Projek Perumahan Rakyat (PPR), akan diberikan dana maksimum RM100,000 untuk mulakan projek ekonomi seperti kraf tangan atau hidroponik. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings