the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu Ratu Naga : Tiada transaksi pemindahan wang libatkan pegawai JPM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemukan sebarang transaksi pemindahan wang terhadap mana-mana pegawai di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dapatan itu diperoleh SPRM berdasarkan siasatan awal terhadap aktivis politik pro-Perikatan Nasional Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga yang didakwa menerima ganjaran untuk membantu NGO itu mendapat geran kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata terdapat tohmahan yang mendakwa pihak JPM mendapat wang kembali selepas memberikannya kepada NGO terbabit.

“Siasatan mendapati dana itu diberi kerajaan kerana NGO terbabit membuat permohonan namun setakat ini tiada indikator yang menunjukkan wang itu diberi kepada pegawai tertentu di JPM,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-10 di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre di sini yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali hari ini.

Azam turut mengulangi kenyataan beliau bahawa SPRM tidak menahan Ratu Naga sebaliknya hanya memanggil beliau dan pihak lain untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan itu.

“Saya nak betulkan kenyataan beberapa pihak iaitu beliau tidak ditangkap. Kami memanggil semua termasuk saksi-saksi lain terlibat dengan NGO itu,” katanya.

Aktivis politik itu disiasat berhubung dakwaan telah menerima beberapa peratus hasil kutipan sumbangan yang diberikan kepada sebuah badan bukan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata pihaknya memberikan tempoh lanjutan bagi dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengisytiharkan harta mereka.

Beliau berkata kedua-dua anak Dr Mahathir iaitu Tan Sri Mohkzani dan Mirzan sebelum ini ada memohon lanjutan masa bagi mengisytiharkan harta dimiliki.

“Susulan permohonan lanjutan yang dipohon, menjadi satu kewajaran bagi pihak SPRM melanjutkan tempoh yang diberikan sebelum ini dan tempoh lanjutan selama 30 hari lagi diberikan setelah tempoh pertama diberikan bermula 17 Jan lepas untuk mengisytiharkan harta.

“Ini kerana harta-harta yang terlibat untuk disiasat adalah banyak dan perlu lebih terperinci untuk mendapatkan dokumen atau akaun yang berkaitan,” katanya pada sidang media sama.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Jamf launches AI Governance, a first-of-its-kind native AI control plane for Mac

Jamf, the standard in managing and securing Apple at work, has announced general availability of AI Governance, a new capability within Jamf for Mac that enables IT and security teams to discover actively-used AI tools, enforce policy controls, and generate audit-ready reporting.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings