the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Jangan salah guna tauliah mengajar MAIS – Exco agama peringat pendakwah

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi mengingatkan pemegang tauliah mengajar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya tidak menyalahgunakan kelebihan berkenaan untuk kepentingan peribadi termasuk politik kepartian.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata peringatan itu susulan aduan masih diterima pihaknya, antaranya membabitkan pemegang tauliah yang masih memegang jawatan dalam parti politik dan tidak berakhlak mulia.

Beliau berkata aduan lain ialah mendatangkan perasaan benci, penghinaan atau perasaan tidak suka kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri dan membangkitkan isu yang boleh mengembangkan perasaan buruk sangka dan permusuhan antara kaum atau masyarakat di negara ini.

“Suka saya ingatkan semula bahawa di bawah Peraturan 14(1) Peraturan-peraturan Tauliah Bagi Pengajaran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024 telah menetapkan syarat kelayakan para pemegang tauliah.

“Antara syaratnya ialah beragama Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, bermastautin di Selangor, tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik dan bukan Ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat atau Dewan Negeri,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Fahmi berkata pematuhan terhadap syarat berkenaan penting untuk memastikan masjid tidak menjadi medan propaganda politik dan perpecahan seperti dititahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal keenam Dewan Negeri Selangor 2023.

Beliau berkata kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tauliah MAIS tidak teragak-agak untuk menggantung tauliah jika terdapat aduan berasas diterima, seterusnya menarik balik tauliah jika aduan yang diajukan terbukti benar.

“Saya tegaskan semula kepada para pendakwah agama yang berhasrat menyampaikan ilmu dan berdakwah di masjid dan surau atau mana-mana tempat di Selangor agar terus komited untuk berakhlak mulia serta menjauhkan diri daripada politik kepartian.

“Mereka yang tidak bersedia untuk memberikan komitmen ini disarankan tidak memohon tauliah di negeri ini. Tauliah MAIS adalah suatu tanggungjawab, bukan kelebihan yang boleh diguna pakai sesuka hati,“ katanya.

Beliau dalam kenyataan sama turut menyeru kerjasama orang ramai menyalurkan aduan ke hotline Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 1800-882424 jika mendapati pendakwah telah melanggar syarat tauliah.

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories