the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenazah Undang Luak Rembau selamat dikebumi

REMBAU: Jenazah Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri di sini pada 7.20 malam tadi.

Jenazah Muhamad Sharip sebelum itu dimandi dan dikafankan di surau kediaman rasmi Allahyarham di sini kira-kira 1 tengah hari.

Solat jenazah diimamkan Mufti Negeri Sembilan Prof Madya Dr Faudzinaim Badaruddin kira-kira 5 petang.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirul Zaman Datuk Maarof Mat Rashad dan Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Mohd Jan Abdul Ghani serta Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Selain itu Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan.

Allahyarham Muhamad Sharip, 83, meninggal dunia kira-kira 9 pagi tadi di kediaman rasminya akibat sakit tua.

Allahyarham yang dilahirkan pada 14 Ogos 1941 di Kampung Waris Tebat, Chembong Kecil di sini dimashyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke-21 pada 21 Nov 1998.

Dalam pada itu Aminuddin yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhamad Sharip berkata Allahyarham banyak menabur jasa kepada kesejahteraan rakyat di negeri itu terutama di Rembau

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings